Pengenalan Kepada Aplikasi Filmora

27 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 26 September 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas pengenalan kepada aplikasi Filmora. Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan aplikasi menyunting video mudah. Terdapat 5 orang peserta yang terlibat dalam kelas kali ini. Kelas bermula pada jam 2:30 petang. Antara pendedahan yang telah ditunjuk ajar adalah cara memuat turun aplikasi daripada enjin carian Google. Setelah itu, peserta diminta mencari gambar kelas yang berkaitan untuk disunting ke video kemudian.

Peserta juga diperkenalkan dengan beberapa butang yang dalam aplikasi Filmora seperti cara mengimport gambar-gambar atau video pendek yang akan digunakan untuk projek video ini. Selain itu, peserta juga diajarkan menggunakan kesan muzik sebagai latar belakang suntingan video tersebut. Sepanjang peserta menyunting video, pendedahan menggunakan transition atau peralihan suatu gambar ke suatu gambar yang lain telah digunakan peserta bagi menjadikan video mereka lebih menarik. Akhir sekali, peserta diminta untuk menyimpan file ke dalam folder masing-masing untuk digunakan pada kelas seterusnya iaitu, kelas pengenalan kepada penyuntingan video. Kelas tamat pada jam 4:30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali